23 Oktober 2104

by Affuan

SILA BACA SAMPAI HABIS

As-salam. Saya Affuan, pemilik blog ini. Sepanjang saya berblog (sejak tahun 2004), tidak pernah lagi saya dapat kumpul komen sehingga 48k lebih macam ini, let alone a single post. Dapat dua komen pun rasa macam femes gila. Ok. Itu zaman sebelum Facebook. Facebook ‘boom’ pada tahun 2008. Saya pun kurang pasti sama ada pelabur Dana Haji Jasman masih pakat bertenggek di blog ini atau sudah berpindah ke group perbincangan di Facebook. Yang pastinya, blog ini masih constant menerima kunjungan minimum 1800 sehari. Jam menunjukkan pukul 12:14 p.m dan screenshot ini saya ambil pada 11:57 a.m lepas.

traffic

Buat masa ini, ada lagi 831 komen yang saya belum sempat nak approve. Komen yang tersekat selalunya komen berbaur hasutan dan beberapa hamburan kata-kata yang kurang elok dibaca. Ini yang dipanggil ‘filter’. Saya sebagai ‘moderator’ blog ini punya kuasa untuk menendang sesiapa sahaja yang tulis perkara negatif dan mencarut. Bukan setakat boleh menyekat carutan dan email address, ip address juga boleh.

cursing

Let say; Setiap orang menggunakan sambungan internet, sudah tentu sambungan tersebut mempunyai ip tersendiri. Gambar di bawah ini adalah beberapa ip dan email address yang telah disekat.

ip-blocked

Bila ip address disekat, ini bermakna orang yang menggunakan sambungan internet di ip yang sama tidak boleh menulis komen di blog ini, walaupun beliau menggunakan email address yang berlainan. Pengguna advance pasti tahu cara nak atasi sekatan ini iaitu dengan menggunakan Hideip atau VPN tapi adakah berbaloi langgan ip VPN semata-mata nak komen kutuk dan carut kat blog ni? *duh

Saya faham kenapa ramai yang masih menunggu update di blog ini. Di blog ini, orang tak kenal siapa anda. Jika di Facebook, kawan-kawan Facebook anda dapat tahu page dan group mana yang anda like/ sertai jadi privacy tukang komen/ like/ join memang kantoi big time.

Saya sebenarnya sudah letih melayan kerenah orang yang ingin blog ini ditutup memandangkan masih ramai yang jadikan blog ini sebagai rujukan. Jadi, saya mahu offer sesiapa sahaja antara pelabur di sini yang mahu mengambil alih blog ini dengan sedikit bayaran. Saya hanya minta RM500. Firm. Kalau tak ada orang nak bayar pun, saya masih akan menutup blog ini. Letih menjawab bila disoal siasat entah siapa-siapa melalui email, panggilan telefon dan mesej di Facebook. Nasib baik belum ada ugutan bunuh, sula atau rogol. :p

Untuk makluman, blog ini menerima trafik daripada search engine seperti Google dan Yahoo secara constant hasil manipulasi SEO yang saya mainkan. Boleh lihat bukti dalam gambar di bawah:

referrers

Hasil carian ini adalah hasil carian sehari, bukan seminggu atau sebulan. Banyak juga. Satu lagi, jika anda datang ke blog ini dengan hasil carian kepada keyword: “dana haji jasman”, “dana hj jasman”, “berita terkini dana amanah”, “dana haji jasman 2014” atau sekadar “hajijasman”, itu semua kerja saya.

SE-terms

Jika anda menjadi pemilik blog ini, anda akan dapat, well you know what I mean. Jangan sampai blog ini jatuh ke tangan orang yang nak menutup blog ini sudahlah. Cepat bertindak ye. Time is the essence.

Jadi, sesiapa sahaja yang berminat sila email saya di:

email

Nak kumpul duit pakat beli pun boleh. Janji, cukup RM500 as I asked. Nanti saya invite pembeli yang berjaya untuk menjadi admin blog ini, dan saya akan selamanya pergi.. pergi.. pergi.. sebab saya tak pernah ada kaitan pun dengan semua ini. Semata-mata hanya manipulasi dan test power sendiri.

[affuan]

Advertisements