Dana Haji Jasman

Blog Khas Dana Haji Jasman

23 Oktober 2104

SILA BACA SAMPAI HABIS

As-salam. Saya Affuan, pemilik blog ini. Sepanjang saya berblog (sejak tahun 2004), tidak pernah lagi saya dapat kumpul komen sehingga 48k lebih macam ini, let alone a single post. Dapat dua komen pun rasa macam femes gila. Ok. Itu zaman sebelum Facebook. Facebook ‘boom’ pada tahun 2008. Saya pun kurang pasti sama ada pelabur Dana Haji Jasman masih pakat bertenggek di blog ini atau sudah berpindah ke group perbincangan di Facebook. Yang pastinya, blog ini masih constant menerima kunjungan minimum 1800 sehari. Jam menunjukkan pukul 12:14 p.m dan screenshot ini saya ambil pada 11:57 a.m lepas.

traffic

Buat masa ini, ada lagi 831 komen yang saya belum sempat nak approve. Komen yang tersekat selalunya komen berbaur hasutan dan beberapa hamburan kata-kata yang kurang elok dibaca. Ini yang dipanggil ‘filter’. Saya sebagai ‘moderator’ blog ini punya kuasa untuk menendang sesiapa sahaja yang tulis perkara negatif dan mencarut. Bukan setakat boleh menyekat carutan dan email address, ip address juga boleh.

cursing

Let say; Setiap orang menggunakan sambungan internet, sudah tentu sambungan tersebut mempunyai ip tersendiri. Gambar di bawah ini adalah beberapa ip dan email address yang telah disekat.

ip-blocked

Bila ip address disekat, ini bermakna orang yang menggunakan sambungan internet di ip yang sama tidak boleh menulis komen di blog ini, walaupun beliau menggunakan email address yang berlainan. Pengguna advance pasti tahu cara nak atasi sekatan ini iaitu dengan menggunakan Hideip atau VPN tapi adakah berbaloi langgan ip VPN semata-mata nak komen kutuk dan carut kat blog ni? *duh

Saya faham kenapa ramai yang masih menunggu update di blog ini. Di blog ini, orang tak kenal siapa anda. Jika di Facebook, kawan-kawan Facebook anda dapat tahu page dan group mana yang anda like/ sertai jadi privacy tukang komen/ like/ join memang kantoi big time.

Saya sebenarnya sudah letih melayan kerenah orang yang ingin blog ini ditutup memandangkan masih ramai yang jadikan blog ini sebagai rujukan. Jadi, saya mahu offer sesiapa sahaja antara pelabur di sini yang mahu mengambil alih blog ini dengan sedikit bayaran. Saya hanya minta RM500. Firm. Kalau tak ada orang nak bayar pun, saya masih akan menutup blog ini. Letih menjawab bila disoal siasat entah siapa-siapa melalui email, panggilan telefon dan mesej di Facebook. Nasib baik belum ada ugutan bunuh, sula atau rogol. :p

Untuk makluman, blog ini menerima trafik daripada search engine seperti Google dan Yahoo secara constant hasil manipulasi SEO yang saya mainkan. Boleh lihat bukti dalam gambar di bawah:

referrers

Hasil carian ini adalah hasil carian sehari, bukan seminggu atau sebulan. Banyak juga. Satu lagi, jika anda datang ke blog ini dengan hasil carian kepada keyword: “dana haji jasman”, “dana hj jasman”, “berita terkini dana amanah”, “dana haji jasman 2014″ atau sekadar “hajijasman”, itu semua kerja saya.

SE-terms

Jika anda menjadi pemilik blog ini, anda akan dapat, well you know what I mean. Jangan sampai blog ini jatuh ke tangan orang yang nak menutup blog ini sudahlah. Cepat bertindak ye. Time is the essence.

Jadi, sesiapa sahaja yang berminat sila email saya di:

email

Nak kumpul duit pakat beli pun boleh. Janji, cukup RM500 as I asked. Nanti saya invite pembeli yang berjaya untuk menjadi admin blog ini, dan saya akan selamanya pergi.. pergi.. pergi.. sebab saya tak pernah ada kaitan pun dengan semua ini. Semata-mata hanya manipulasi dan test power sendiri.

[affuan]

Dana Haji Jasman

Untuk update terbaru tentang Dana Haji Jasman ni, sila baca entri ini sampai ayat yang terakhir (sebelum meraban di bahagian komen).  Nanti ‘sesat’. Terima kasih. :-)

Penulis bukan lah salah seorang pelabur skim ini. Segala maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak ketiga. Harap maklum.

Kronologi pelaburan Dana Haji Jasman semakin sampai ke penghujung. Mengikut penerima sms yang turut sama melabur, sebelum Raya Aildilfitri tahun ini (2011), para pelabur akan menerima imbuhan berupa advance. Setelah dekat setahun (setiap bulan) meminjam duit saya untuk menyara keluarga beliau, seorang pelabur akan mendapat advance sebanyak RM100,000 – harap beliau tidak lupakan jasa saya jika duit advance tu betul-betul masuk.

Update: Duit advance tidak dapat sampai ke sudah

Persoalannya, betul ke masuk? Is Dana Haji Jasman the real deal? Kita tengok nanti. Duit advance ni katanya akan dibahagi-bahagikan mulai hari ini, Rabu, 13 Julai 2011. Berita tu dah sedap didengar tapi ayat MULAI tu yang saya risaukan. Macam biasa, akan ditarik-tarik lagi, lagi dan lagi hingga ke tarikh baru.

*lalala~

Update

15 Julai 2011 – Bayaran belum diterima oleh sesiapa pun lagi.

20 Julai 2011 – Mengikut berita entah betul atau tidak, bayaran akan diterima esok, 21 Julai 2011. Wallahualam. ;-)

24 Julai 2011 – Tanda-tanda nak kena kencing (sekali lagi dan mungkin bukan kali yang terakhir) sudah kelihatan kerana sampai ke hari ini tiada khabar berita. :-p

26 Julai 2011 – Oh, ini berita panaz! Semalam kononnya Najib sudah sign check untuk di’cash out oleh para leader. Hari ini para leader akan keluarkan duit untuk dibahagi-bahagikan. Sila tunggu turn masing-masing dan berdoa agar ianya benar. Jika ia benar-benar betul, berdoa (sekali lagi) agar leader kalian tidak melarikan duit-duit tu. :-)

Berita Tambahan

Sepetang berbual-bual dengan para pelabur yang sesungguhnya mati kutu tentang bila duit akan dibahagi-bahagikan. Persoalan utama mereka adalah, “Kenapa lambat?” Saya hanya tersenyum sambil menjawab, “Jika dana ini benar dan melibatkan duit berbilion RM, adalah mustahil untuk mengira dan membahagikannya sesenang mengira kacang kuda,” sambil mereka gelak jahat ramai-ramai.

Dengan tidak semena-mena seorang pelabur mencelah – mengkhabarkan bahawa dana Haji Jasman ni memang betul. Sebab lambat terima duit adalah kerana Najib guna duit tu dulu.

*er..

29 Julai 2011 – Semalam dapat berita duit advance akan dibayar mulai hari ini, Jumaat. Jika tak dapat hari ini, tunggu esok. Kalau tak dapat esok, tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. ;-)

3 Ogos 2011 – Maaf. ‘Game’ ini belum sampai ke penghujungnya. Belum kedengaran sesiapa pernah menerima apa-apa advance atau bayaran penuh. Janji tinggal janji. Tarikh-tarikh yang dijanji berlalu sudah. Kepada para pelabur, sila bersabar. Kalau ada rezeki, ada lah tu. Kalau takde, menangislah ramai-ramai. :-D

5 Ogos 2011 – Satu minggu yang dijanjikan sudah berlalu. Welcome minggu baru. Entah berapa jenis tarikh dan berapa jenis auta untuk melambat-lambatkan ‘payment’ akan diwar-warkan. Sekian Tipu Tipu Malaysia.

8 Ogos 2011 – AKHIRNYA! Dana Haji Jasman terkini dan terbaru. “Haji Jasman” sudah umumkan bonus setengah bulan gaji. Sekian.

*ok, ini hanya lawak bulan ramadhan. selamat berpuasa semua. :-p

9 Ogos 2011 – Hari ni dapat satu lagi maklumat yang mengatakan duit akan dibahagikan sebulan atau dua bulan lepas raya ni. Para pelabur dikatakan akan merasa duit advance dua minggu sebelum raya. Wallahu’alam.

11 Ogos 2011 – Istimewa hari ini! Katanya sebelum raya ni, para pelabur akan dibayar dulu separuh daripada yang masing-masing akan dapat. Lets say yang Encik A bakal dapat 20 juta. Sebelum raya ni beliau akan kaya raya kerana dapat separuh dari jumlah total i.e 10 juta sebagai pendahuluan. Selepas itu dana ini akan ‘tidur’ sebentar selama 5 – 6 bulan. Bayaran penuh akan diterima awal tahun 2012. Sekian.

*bukan ke 2012 dah kiamat ke? boleh la ‘tidur’ selama-lamanya. ;-)

14 Ogos 2011 – Berkaitan Dana Haji Jasman terbaru, terkini dan ter’NOW!, nampaknya esok (15 Ogos 2011), bank draft akan diserahkan oleh Haji Jasman kepada para leader selaku ikan jerung. Duit untuk ikan bilis akan dibahagikan seawal Khamis ini – 18 Ogos 2011. Wallahu’alam dan selamat tunggu lagi. :-P

18 Ogos 2011 – Seperti yang dijangkakan, tiada siapa pun akan menerima advance atau apa-apa pun duit hari ini – seperti selalu. Fakta tinggal auta. Mungkinkah kalian semua sudah kena tipu @ kena main? Tepuk dada cek wallet masing-masing. *_*

20 Ogos 2011 – Kesudahan dana ini masih berputar-putar sekitar auta. One question: Kalian masih belum berhenti berharap? Adakah akan berlaku keajaiban nanti?

22 Ogos 2011 – PM sudah mula mencatit nombor akaun CIMB pelabur untuk diberi kepada pembahagi duit di KL. Siapa yang lakukan kerja tu, wallahu’alam. Mungkin ada berita baik dalam minggu ni atau minggu depan tapi jangan berharap sangat. Saya takut ini salah satu lagi auta mereka. Harap maklum.

23 Ogos 2011 – Terkini tentang Dana Haji Jasman. Berita ini bakal melabuhkan tirai sketsa tolak tarik sebelum raya. Pembahagian duit advance untuk semua pelabur adalah tidak benar namun hanya segelintir sahaja PM yang rapat dengan Pak Jasman mampu mengadakan advance tersebut.

Khabarnya pelabur di bawah PM terpilih akan mendapat 3 kali pelaburan yang dibuat. Selebihnya (juga untuk semua pelabur), tunggu la ye. Khabarnya (lagi) anda semua akan jadi millionaire dan billionaire 2 minggu lepas raya. Sabo banyak-banyak.

Kepada yang takde duit nak beraya tu pakai je la baju tahun lepas. Sila tutup pintu rumah rapat-rapat kalau budak-budak ketuk nak beraya duit raya. :-P

*berita ini belum disahkan. jika duit advance tu betul-betul dapat baru saya update balik. kita tengok ni betul fakta ke auta. hehe

7 Ogos 2011 – Sudah lepas raya dah pun. Amacam raya? Suka? Hehe. Saya bukan tak nak update. Saya hanya akan update selepas berita yang saya dapat tu disahkan 101% betul. Walaupun selalunya at last bukan betul pun, at least saya buat kajian sebelum publish kat sini. :-P

Terbaru, khabar angin sepoi-sepoi bahasa bertiup slow and steady mengatakan yang tarikh keramat telah ditunda sehingga 16 September 2011 ni. 2011 ye kawan-kawan, bukan 3011. Hehe. Prediction: Saya rasa ia akan ditangguh lagi. Alasannya? Biasanya bila para leader dan PM bagi tarikh, rentetan alasan bila tunda lagi adalah:

1. 16 Sept tu duit akan dilepaskan pada para leader dan PM dulu. Mereka akan bahagi-bahagikan pula seminggu atau dua minggu selepas itu. Atau, Najib sudah sain itu surat pelepasan. Selepas 16 Sept ni Haji Jasman akan bahagikan pula pada para leader. Ok, tunggu lagi.

2. PM atau leader meninggal dunia. *innalillah saya ucapkan in advance :-P

3. Tongkang yang bawak dana tu tersilap masuk Terusan Suarez jadi akan ambil masa 10 hari patah balik untuk sampai ke sini

4. Alasan paling menarik adalah: Dah nak dekat pilihanraya so kerajaan gantung dulu pembahagian duit tu. Baik punya coincidence kan?

Jadi, sila tunggu sampai diberikan tarikh lain. *huhu

Sept, 11 2011

Update sempena terkorbannya para Yahudi dalam rampasan kapal terbang pada 11 September 2001.  Tersungkurnya WTC di tengah bandar New York, Amerika. Apakah anda semua para share holder Dana Haji Jasman akan “tersungkur” juga? Kita nantikan akhir September ini. :-P

15 September 2011

Ye la. Ye la. Saya update. Esok 16 September, saya harap semua dapat bersabar hingga ke tarikh tu. Para SH diharap tidak lagi meminta info terkini jika sudah diberi tarikh. Tunggu je tarikh tu ok. Kalau bukan PM yang bagi tarikh, takkan la tarikg tu diada-adakan yo? Sendiri mau pikir la kan? Saya update berdasarkan fakta bukan auta unless yang bagi info tu auta wallahu’alam lah. That’s why saya kaji dan bertanya dulu kepada sumber-sumber tidak emosi dan boleh dipercayai. Setakat ni, apa yang kita semua tahu – September 2011 ini adalah penamat segalanya. TAPI ada satu lagi berita tak best mengatakan yang tahun depan adalah tahun game dana ni. Jadi? Anyone wants tissue? :-P

16 September 2011

Masih tiada berita mana-mana SH menjadi jutawan. Selamat Hari Malaysia! Jangan lupa bahawa Malaysia tercinta kita ini “tidak pernah dijajah”. :-P

24 September 2011

Masih lagi tiada berita mana-mana SH menjadi jutawan. Saya agak sibuk menguruskan restoran yang baru dibuka. Jadi, tunggu sajalah penghujung bulan ni. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, sila tunggu lagi. Maki dalam hati je k. Ngeh3

PERINGATAN BUAT KANAK-KANAK RIBENA SEMUA: SILA JANGAN MENCARUT DAN JANGAN PROVOKE. TERIMA KASIH.

—————-

F.A.Q

10 Ogos 2012

Soalan: Kenapa komen aku post dalam ni tak keluar?
Jawapan: Dah ko duk tulis komen mencarut dan menyumpah seranah macam orang gila isim. Memang la komen ko tak lepas bongok. Tulis komen dengan bahasa yang elok sikit boleh tak?

Soalan: Komen aku tak keluar setiap kali aku post link. Nape eh?
Jawapan: Kalau nak post link, buat blog sendiri. Post sejuta link sehari pun takde orang marah.

_to be continued_

MASA UNTUK TOP UP TELAH TIBA..!!

:-)

Update untuk akhir tahun 2012

12.12.12 – Kita semua sedia maklum yang masih belum ada sesiapa yang sudah mendapat hasil “melabur” dalam Dana Haji Jasman ini kecuali orang-orang atasan yang hanya tahu menjanjikan tarikh dan mengutip duit top up je kerjanya.

Untuk makluman (dan jangan terkejut serta hairan), masih ada yang email aku tentang macamana nak sertai dana ni. *noob*

Sudah sudah la. Pi teruskan hidup korang. Labur 30k dapat 3 juta? Bullsh*t. Daripada bagi orang lain run duit korang, baik korang simpan dan letak duit tu dalam ASB.

Kalau nak melabur di arena mainstream yang lebih terjamin,  tahu pula nak pilih saham patuh-shariah bagai. Kalau skim yang menjanjikan pulangan yang tidak munsabah macam ni, takde pula songeh dia. Haish.

Affuan signin’ off.

Update untuk raya aidilfitri 2013

25.7.13 – Tiba-tiba tergerak hati saya untuk membuka blog ini. Setelah membaca komen-komen serta perbincangan “hangat” antara “pelabur” semua, saya agak terkesima. Bukan kerana dengki sebab korang semua sudah kaya raya setelah terima duit. Ianya kerana masih ada yang berfikiran amat-amat positif untuk menjadi kaya dengan saluran dana Haji Jasman ini.

Untuk pengetahuan anda semua, entri blog ini dibuat pada 16 Julai 2011, kira-kira dua tahun yang lepas. Dikhabarkan bahawa dana ini wujud beberapa tahun sebelum itu. Pelabur yang sudah meninggal pun ada. Ramai! Anak-anak saya pun dah besar. Nak masuk darjah 1 dah pun. Yang ke-3 masih dalam perut. Alhamdulillah.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya seru anda semua untuk tambahkan ibadat dan berhenti berbaik sangka dengan dana ini. Jika ada mana-mana ejen yang minta top up, JANGAN TOP UP. Pekakkan telinga anda dengan “kerugian” yang akan anda berdepan jika tidak top up. Jangan terus menerus ditipu, lagi dan lagi saban hari, minggu, bulan berganti tahun. Teruskan hidup. Jangan gadaikan duit dan maruah anda dalam pelaburan yang tidak pasti ini.

Akhir kata, saya minta maaf jika ada tersilap bahasa. Bukan semua orang bersetuju dengan kita. Sebagai peniaga, saya faham. Percayalah. Saya amat faham. Terimalah ucapan hari raya tahun 2013 ini dari duta blog ini: Kak Mah & Ajibul Ghunnah. Selamat Hari Raya tak kaya-kaya.

Jazakallah.

Affuan

pink youuuu!

Update untuk tahun 2014

Agak lama saya meninggalkan blog ini. Umur sudah banyak (belum lanjut!), pengalaman pula semakin bertambah. Tapi..

..korang masih di sini. Terkebil-kebil. Apa kes? Dah berapa kali top up? Dah banyak mana duit “untung” dapat? Pelabur masih bergelar pelabur? Atau, sudah turun taraf jadi pelebur?

Saya malas nak tulis panjang. Mungkin ada yang setuju. Memang ramai yang akan tidak setuju. Labur dalam menuntut ilmu. Lebarkan ilmu itu menjadi idea. Idea, dengan sistem yang betul, mentor yang tepat, usaha yang lebih dari biasa – insyaAllah kaya. Bisnes jangan fikir nak untung semata-mata. Bisnes harus ada konsep tolong orang.

If there is always “I” atau “ME”, memang lambat nak kaya. Team harus dibentuk berdasarkan konsep “WE” atau “US”. Selama ini duit yang korang labur, saya percaya sudah ramai “I” atau “ME” yang kaya dan berbelanja sakan. Yang sakit adalah, “YOU”. Salam 2014. Pray for MH370 (tetiba).

[Affuan]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers